Friday, August 29, 2014

Cabaran Masa Hadapan Malaysia

Tema 6: Cabaran Masa Hadapan

  • Unit 9: Ancaman Dalaman dan Luaran
  • Unit 10: Undang-undang Kementerian Antarabangsa

Assalamualaikum semua sahabat handai ku sekalian :)
Keamanan negara seharusnya seharusnya dijaga oleh rakyat Malaysia sendiri. Banyak kepentingan keamanan negara seperti rakyat bebas mengamalkan agam dan budaya, rakyat dilindungi undang-undang, rakyat hidup dalam keharmonian dan banyak lagi.

Seperti yang kita tahu pada era ini, penyalahgunaan dan penyeludupan dadah adalah salah satu ancaman dalaman yang perlu kita tangani.

Kesan:
  • Memusnhakan generasi yang menjadi harapan bangsa dan negara.
  • Menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat.
  • Menyebarkan penyakit yang berbahaya, gejala sosial dan jenayah.
Untuk ancaman luaran pula, salah satunya iaitu dalam bidang ekonomi seperti serangan mata wang.

Kesan:
  • Nilai ringgit jatuh dan ekonomi terjejas.

Sebelum ini, kita telah digemparkan dengan isu-isu keganasan yang berlaku di negara kita. Tamsilnya, peperangan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Oleh itu, negara kita perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menanganinya. 

Hikmat Pujangga
Sumbangan terbesar manusia ialah mambantu orang lain agar mereka dapat membantu diri sendiri.
                                                                                                                  Pujangga

Mari kita lihat cara untuk menjaga keamanan Malaysia.

Cara-caranya:
  • Bertolak ansur antara satu sama lain.
  • Saling memahami.
  • Bergaul mesra tanpa prasangka 
  • menolak sebarang bentuk keganasan.
Kesannya:
  • Wujudnya masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
  • Dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
  • Dapat mengekalkan Kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
  • Pembangunan negara dinikmati dengan adil.


Oleh itu, keadilan penting agar semua orang mendapat layanan yang sama tiada penindasan.

Sunday, August 10, 2014

Tema 5:Malaysia Negara Berdaulat


  • UNIT 7:Jentera Pentadbiran Negara
  • UNIT 8:Mengenal Kementerian Kita 

UNIT 7:Jentera Pentadbiran Negara



Peranan:
Yang Di-Pertuan Agong
  •  memiliki kuasa untuk memilih siap yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti (Artikel 40).
Perundangan
Eksekutif
  • Eksekutif juga disebut Pemerintah atau Kerajaan di dalam sistem Parlimen dan juga disebut Pentadbiran di dalam sistem Kongres
  • bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislatif
  • Ketua eksekutif di dalam sebuah negara Republik dipanggil Presiden, manakala negara lain dipanggil Perdana Menteri
Sistem Kehakiman Di Negara Kita
  • Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu:
    1. Mahkamah Persekutuan
    2. Mahkamah Negeri

    Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah, Mahkamah Khas
    Mahkamah Negeri terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat
    MAHKAMAH PERSEKUTUAN

    Mahkamah Atasan
    - Mahkamah Agung (juga dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan). MahkamahTERTINGGI di Malaysia. Berkuasa menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Berkuasa menentukan pengesahan bagi undangundang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

    - Mahkamah Rayuan. Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja, kes sivil juga boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang RM250,000. 

    - Mahkamah Tinggi. Membicarakan kes sivil dan jenayah dan apa sahaja kesalahan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia. Kes sivil - Melibatkan kes penjagaan kanak-kanak, perkahwinan dan penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan. Kes jenayah - mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai denda melebihi RM25.


     Mahkamah Rendah

    - Mahkamah Sesyen. Mahkamah TERTINGGI  dalam komponen Mahkamah Rendah. Kes Jenayah - apa sahaja kesalahan kecuali menjatuhkan hukuman mati. Kes Sivil - melibatkan nilai tidak melebihi RM250,000.  Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika bukti cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di mahkamah Tinggi. 

    - Mahkamah Juvana. Kes jenayah untuk mereka yang berumur 10 - 18 tahun. Perbicaraan secara tertutup.

    - Mahkamah Majistret Kelas 1. Membincangkan kes jenayah dan sivil. Hukuman maksimum 5 tahun penjara dan denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali.

    -Mahkamah Majistret Kelas II. Kes jenayah - hukuman maksimum 12 bulan penjara, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Kes sivil - tuntutan tidak melebihi RM3,000.

    - Mahkamah Tuntutan Kecil - Kes sivil tidak melebihi RM3,000.

    - Mahkamah Penghulu - Mahkamah TERENDAH dalam komponen MahkamahRENDAH. Kes sivil tidak lebih RM50. Kes jenayah denda RM25 sahaja. Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim.

    Mahkamah Khas

    -Mahkamah Tentera - Kes tingkah laku anggota tentera. Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah. Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang perlukan pengesahan YDP Agong.

    -Mahkamah Khas Raja-Raja. Membicarakan kesalahan YDP Agong dan Sultan dalam kes sivil dan jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan. Tindakan dikenakan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
    MAHKAMAH NEGERI

    Mahkamah Syariah

    - Terdiri daripada Mahkamah Syariah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah.Untuk mengadili umat ISLAM sahaja ye. Kes sivil dan jenayah. Kesalahan besar kat Mahkamah Tinggi Syariah, kesalahan kecil kat Mahkamah Rendah Syariah. Kes rayuan kat Mahkamah Syariah Rayuan.

    Mahkamah Adat

    Kes pelanggaran adat oleh suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Suruhanjaya Diraja

  • Di negara Alam KomanwelSuruhanjaya Diraja merupakan badan kerajaan yang melakukan siasatan awam terhadap isu tertentu.
  • Suruhanjaya biasanya mempunyai bidang kuasa yang luas, lebih luas daripada seorang hakim, tetapi dihadkan oleh "Syarat Rujukan" Suruhanjaya. Suruhanjaya ditubuhkan oleh Ketua Negara (seperti Raja, Gabenor-Jeneral) atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten.
  • untuk meningkatkan ketelusan,membuat penambahbaikan dan menerima cadangan daripada suruhanjaya
  • menangani pelbagai isu
  • ahli yang menganggotai suruhanjaya diraja adalah mereka yang berwibawa dan berpengalaman luas   

UNIT 8:mengenal kementerian kita
      Selepas mengambil alih tugas sebagai Pedana Menteri Malaysia yang-5,Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi telah melakukan rombakan besar-besaran terhadap jenteran pentadbiran negara.beliau memecah 3 buah kementerian,membubarkan sebuah kementerian dan menamakan semula lima buah kementerian

Senarai Kementerian di MalaysiaSelepas Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri:

2008



Peranan Kementerian
  • Pertama: 
    • Untuk MERANGKA, MEMBINA & MELAKSANAKAN sesuatu POLISI pada KEMENTERIAN
    • Anggota Kementerian akan Menyarankan dan Menasihati MENTERI di dalam segala PROSES untuk memantapkan sesuatu Polisi melalui Idea dan Langkah-Langkah Terbaik supaya Menteri dapat memilih dan membentuk sesuatu POLISI yang akan di guna-pakai di dalam KERAJAAN.
    Kedua:
    • Berperanan untuk Meng-aplikasikan segala POLISI yang telah DI LULUSKAN untuk KEMENTERIAN.
    • Dan melakukan Pemantauan di dalam segala Proses Perlaksanaan sertaMenilai segala Kesan Buruk & Baik dari sesuatu Polisi.


Itu saja daripada saya...sekian..

Kekalkan Warisan Negara Malaysia

Tema 4: Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

  • Unit 6: Adat Resam Warisan Berharga

Assalamualaikum semua :)

Hikmat Pujangga
Semakin besar pulau pengetahuan, semakin panjang tebing pertanyaan.
Ralph W.Sockman (1889-1970)

Di Malaysia terdapat pelbagai adat resam pelbagai kaum yang menarik dan menjadi tarikan kepada pelancong asing ke negara kita.


Okay, seperti yang kita tahu kaum Melayu menggunakan tangan untuk makan, manakala kaum Cina menggunakan penyepit untuk makan dan kaum India juga menggunakan tangan untuk makan.

Dalam setiap kaum mempunyai adat menghias diri tersendiri. Adat menggunakan inai merupakan adat beberapa kaum di Malaysia terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan India. Pada masa kini, amaln menggunakan inai semakin berkembang dan mula menjadi tarikan pelbagai kaum.



Hikmat Pujangga
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
                                        Peribahsa Melayu


Malaysia sangat unik kerana terdapat banyak adat resam.  Semua kaum bebas mengamalkan adat resam masing-masing dan yang penting semua pihak mestilah menghormati adat resam kaum lain. Jika tidak, tentu ada pihak yang berasa kurang senang .



Seperti yang kita, setiap kaum mempunyai pantang larangnya sendiri. Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang mewarisi secera turun-temurun  sejak berkurun -kurun lamanya. Rakyat Malysia yang pelbagai kaum masih mengamalkan pantang larang mengikut kaum masing-masing. Tapi sebenarnya, pantang larang digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat.

PANTANG LARANG

  • Orang melayu mengatakan "Jangan duduk di atas bantal, takut ditumbuhi bisul". Tapi sebenarnya perbuatan duduk di atas bantal adalah kurang sopan kerana bantal ialah alas kepala ketika tidur.
  • Orang India mengadakan "Bayi hendaklah dipeluk oleh ibunya ketika hujan lebat supaya semangat bayi tidak hilang". Tapi sebenarnya ketika hujan lebat dan guruh, bayi mungkin terkejut dan berasa takut jika ditinggalkan oleh ibunya.
  • Orang Cina mengatakan "Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah kerana dianggap memutuskan perhubungan". Tapi sebenarnya pisau bukanlah barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah kerana pisau merupakan kegunaan di dapur.



Di samping, setiap kaum mempunyai adat kelahiran, adat perkahwinan dan adat kematian tersendiri. Mari kita lihat adat-adat tersebut untuk setiap kaum. 

Melayu :)

Adat Kelahiran
  • Persiapan untuk bayi tidak boleh dibuat sebelum kandungan mencapai usia tujuh bulan.
  • Uri bayi ditanam di kawasan ruamh dengan sempurna.
  • Ibu berpantang selama 40 hari dan hanya makan makanan yang ditetapkan.
  • Rambut Bayi akan dipotong sedikit demi sedikit dalam majlis cukur jambul.
Adat Perkahwinan
  • Adat merisik dan melamar diadakan sebelum pertunangan. Sebentuk cincin diberikan kepada pihak perempuan.
  • Majlis pertunangan diadakan setelah pihak perempuan bersetuju untuk menerima lamaran.
  • Barang-barang hantaran biasanya dikira dalam bilangan yang ganjil.
  • Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara akad nikah dan diikuti oleh persandingan.
Adat Kematian
  • Jenazah dimandikan, dikapankan, dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
  • Kenduri arwah diadakan selama tida hari atau seminggu selepas jenazah dikebumikan.

Cina :)

Adat Kelahiran
  • Ibu tidak boleh mandi dengan air sejuk.
  • Bayi diberikan nama berasaskan lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu.
  • Kuih raya diberikan kepada saudara-mara. Rambut bayi akan dicukur.
Adat Perkahwinan
  • Istiadat merisik diadakan sebelum pertunangan.
  • Hari pertunangan perlu berdasarkan kalendar Cina dan bersesuaian dengan bintang kelahiran.
  • Upacara minum teh penting dalam adat perkahwinan untuk mengeratkan hubungan.
Adat Kematian
  • Si mati dipakaikan dengan pakaina yang cantik. Jika si mati itu wanita, pelbagai hiasan turut dipakai.
  • Saudara si mati akan menangis beramai-ramai dan siselitkan dengan pujian terhadap si mati.
  • Ketika mayat dibawa ke tanah perkuburan, lagu-lagu berirama sedih dimainkan.
  • Kertas bersalut logam akan ditabur sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan.
India :)

Adat Kelahiran
  • Ibu dimandikan dengan pelbagai herba.
  • Lidah bayi disapu madu.
  • Bayi akan diberikan nama selepas upacara sembahyang pada hari-16 atau ke-31 mengikut perkiraan astrologi atau numerologi.
Adat Perkahwinan
  • Hadiah diberikan oleh pengatin perempuan atau pengatin lelaki secara sukarela.
  • Hari dan waktu perkahwinan ditentuksn mengikut kelendar Hindu dan bersesuaian dengan bintang kelahiran.
  • Lambang perkahwinan ialah pengikatan "thali" oleh pengantin lelaki terhadap pengantin perempuan.
Adat Kematian
  • \Kepala mayat dihadapkan ken arah selatan. Pelita diletakkan berdekatan dengan bahagian kepala.
  • Kunyit disapu pada mata, duit syiling diletakkan di atas dahi.
  • Setelah dimandikan , beras ditaburkan di atas mulut mayat.
  • Mayat dibakar dan abu dihanyutkan di laut.
  • Ayat-ayat suci "Thirumarai" dibacakan sepanjang upacara pengebumian.

Sekian Terima Kasih. Itu saja untuk kali ini. 
Byeeeeeee :D

Tuesday, August 5, 2014

Sayangilah Alam Sekitar

 Tema 3:Hidup Bermasyarakat

  • UNIT 4:Kesehjahteraan Alam Tanggungjawab Bersama
  • UNIT 5:Pencemaran Dan Bencana Alam
Assalamualaikum semua:)

Pada kali ini Nadia ingin menulis Tema 4 dan TEMA 5...

TEMA 4
Definisi ALAM SEKITAR:ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi 

SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekelilingPerkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)


TEMA 5
Jenis pencemaran alam sekitar:
  • pencemaran alam
  • pencemaran udara
  • pencemaran air
  • pencemaran bunyi
  • pencemaran tanih
Punca pencemaran berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia sendiri..

Kesan pencemaran:
  • flora dan fauna terancam
  • hutan semakin sikit
  • asap yang teruk 
  • hidupan akuatik terancam
  • gangguan bunyi
  • hujan asid
  • lapisan ozon menipis
Langkah mengatasi pencemaran:
  • penguatkuasaan undang-undang alam sekitar
  • kempen kesedaran
  • pendidikan alam sekitar





Sebagai penduduk bumi,kita haruslah menjaga alam sekitar untuk kebaikan kita semua..Pesanan saya adalah BERSAMA-SAMA KITA MENJAGA ALAM SEKITAR..bye!!!





Keluargaku Sayang

Tema 2:Hubungan Kekeluargaan

  • UNIT 3:Tanggungjawab Dijaga,Keluarga Sempurna


Assalamualaikum semua...

 Saya ingin menulis sesuatu tentang KELUARGA....Apakah maksud KELUARGA??
Definisi:Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
        


Peranan bapa:

  • ketua keluarga
  • melindungi keluarga
  • memimpin keluarga
  • memberi nafkah
Peranan ibu:
  • melahirkan anak
  • menjaga kebajikan suami dan anak-anak
  • sekolah utama dalam membentuk keperibadian anak-anak
Peranan anak-anak
  • menjadi anak yang baik
  • mendengar kata-kata oraang tua
  • menghormati ibu bapa
  • membalas jasa ibu bapa
                                   
 
                                           

                                                     bye!!!sayang lah keluarga anda!

Adicitaku Di Masa Hadapan

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI
  • UNIT 1: PENCAPAIAN KENDIRI
  • UNIT 2: MEMBUAT KEPUTUSAN

Assalamualaikum semua :)

Kali ni Asfa yang update blog ni untuk TEMA 1.


Apa cita-cita korang kalau korang dah besar nanti? Saya nak jadi Usahawan dan kawan saya Nadia pula nak jadi Doktor.
Seperti yang kita tahu, di negara kita terdapat banyak tokoh yang telah berjaya mencipta nama dalam bidang mereka masing-masing. Kalau begitu apa cita-cita korang bila dah besar nanti? Di Malaysia terdapat banyak jurudan yang boleh kita ambil mengikut minat yang ada dalam diri masing-masing. Di samping itu, kita juga memerlukan kelulusan untuk mendapat kerjaya yang bagus dan baik.

Seperti yang kita tahu, manusia yang menjalani kehidupannya dengan baik, adalah orang yang mempunyai cita-cita tinggi.





Goodbye. Assalamualaikum :)