Friday, August 29, 2014

Cabaran Masa Hadapan Malaysia

Tema 6: Cabaran Masa Hadapan

  • Unit 9: Ancaman Dalaman dan Luaran
  • Unit 10: Undang-undang Kementerian Antarabangsa

Assalamualaikum semua sahabat handai ku sekalian :)
Keamanan negara seharusnya seharusnya dijaga oleh rakyat Malaysia sendiri. Banyak kepentingan keamanan negara seperti rakyat bebas mengamalkan agam dan budaya, rakyat dilindungi undang-undang, rakyat hidup dalam keharmonian dan banyak lagi.

Seperti yang kita tahu pada era ini, penyalahgunaan dan penyeludupan dadah adalah salah satu ancaman dalaman yang perlu kita tangani.

Kesan:
  • Memusnhakan generasi yang menjadi harapan bangsa dan negara.
  • Menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat.
  • Menyebarkan penyakit yang berbahaya, gejala sosial dan jenayah.
Untuk ancaman luaran pula, salah satunya iaitu dalam bidang ekonomi seperti serangan mata wang.

Kesan:
  • Nilai ringgit jatuh dan ekonomi terjejas.

Sebelum ini, kita telah digemparkan dengan isu-isu keganasan yang berlaku di negara kita. Tamsilnya, peperangan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Oleh itu, negara kita perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menanganinya. 

Hikmat Pujangga
Sumbangan terbesar manusia ialah mambantu orang lain agar mereka dapat membantu diri sendiri.
                                                                                                                  Pujangga

Mari kita lihat cara untuk menjaga keamanan Malaysia.

Cara-caranya:
  • Bertolak ansur antara satu sama lain.
  • Saling memahami.
  • Bergaul mesra tanpa prasangka 
  • menolak sebarang bentuk keganasan.
Kesannya:
  • Wujudnya masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
  • Dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
  • Dapat mengekalkan Kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
  • Pembangunan negara dinikmati dengan adil.


Oleh itu, keadilan penting agar semua orang mendapat layanan yang sama tiada penindasan.

No comments:

Post a Comment