- UNIT 7:Jentera Pentadbiran Negara
- UNIT 8:Mengenal Kementerian Kita
UNIT 7:Jentera Pentadbiran Negara
Peranan:
Yang Di-Pertuan Agong
- memiliki kuasa untuk memilih siap yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti (Artikel 40).
- Nama lain 'LEGISLATIF' iaitu PERUNDANGAN
- Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang.
- Eksekutif juga disebut Pemerintah atau Kerajaan di dalam sistem Parlimen dan juga disebut Pentadbiran di dalam sistem Kongres
- bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislatif
- Ketua eksekutif di dalam sebuah negara Republik dipanggil Presiden, manakala negara lain dipanggil Perdana Menteri
- Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu:
1. Mahkamah Persekutuan
2. Mahkamah Negeri
Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah, Mahkamah Khas
Mahkamah Negeri terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah AdatMAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mahkamah Atasan
- Mahkamah Agung (juga dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan). MahkamahTERTINGGI di Malaysia. Berkuasa menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Berkuasa menentukan pengesahan bagi undangundang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
- Mahkamah Rayuan. Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja, kes sivil juga boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang RM250,000.
- Mahkamah Tinggi. Membicarakan kes sivil dan jenayah dan apa sahaja kesalahan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia. Kes sivil - Melibatkan kes penjagaan kanak-kanak, perkahwinan dan penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan. Kes jenayah - mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai denda melebihi RM25.
Mahkamah Rendah
- Mahkamah Sesyen. Mahkamah TERTINGGI dalam komponen Mahkamah Rendah. Kes Jenayah - apa sahaja kesalahan kecuali menjatuhkan hukuman mati. Kes Sivil - melibatkan nilai tidak melebihi RM250,000. Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika bukti cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di mahkamah Tinggi.
- Mahkamah Juvana. Kes jenayah untuk mereka yang berumur 10 - 18 tahun. Perbicaraan secara tertutup.
- Mahkamah Majistret Kelas 1. Membincangkan kes jenayah dan sivil. Hukuman maksimum 5 tahun penjara dan denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali.
-Mahkamah Majistret Kelas II. Kes jenayah - hukuman maksimum 12 bulan penjara, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Kes sivil - tuntutan tidak melebihi RM3,000.
- Mahkamah Tuntutan Kecil - Kes sivil tidak melebihi RM3,000.
- Mahkamah Penghulu - Mahkamah TERENDAH dalam komponen MahkamahRENDAH. Kes sivil tidak lebih RM50. Kes jenayah denda RM25 sahaja. Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim.
Mahkamah Khas
-Mahkamah Tentera - Kes tingkah laku anggota tentera. Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah. Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang perlukan pengesahan YDP Agong.
-Mahkamah Khas Raja-Raja. Membicarakan kesalahan YDP Agong dan Sultan dalam kes sivil dan jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan. Tindakan dikenakan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.MAHKAMAH NEGERIMahkamah Syariah
- Terdiri daripada Mahkamah Syariah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah.Untuk mengadili umat ISLAM sahaja ye. Kes sivil dan jenayah. Kesalahan besar kat Mahkamah Tinggi Syariah, kesalahan kecil kat Mahkamah Rendah Syariah. Kes rayuan kat Mahkamah Syariah Rayuan.
Mahkamah Adat
Kes pelanggaran adat oleh suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Suruhanjaya Diraja
- Di negara Alam Komanwel, Suruhanjaya Diraja merupakan badan kerajaan yang melakukan siasatan awam terhadap isu tertentu.
- Suruhanjaya biasanya mempunyai bidang kuasa yang luas, lebih luas daripada seorang hakim, tetapi dihadkan oleh "Syarat Rujukan" Suruhanjaya. Suruhanjaya ditubuhkan oleh Ketua Negara (seperti Raja, Gabenor-Jeneral) atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten.
- untuk meningkatkan ketelusan,membuat penambahbaikan dan menerima cadangan daripada suruhanjaya
- menangani pelbagai isu
- ahli yang menganggotai suruhanjaya diraja adalah mereka yang berwibawa dan berpengalaman luas
UNIT 8:mengenal kementerian kita
Selepas mengambil alih tugas sebagai Pedana Menteri Malaysia yang-5,Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi telah melakukan rombakan besar-besaran terhadap jenteran pentadbiran negara.beliau memecah 3 buah kementerian,membubarkan sebuah kementerian dan menamakan semula lima buah kementerian
Senarai Kementerian di MalaysiaSelepas Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri:
- Jabatan Perdana Menteri
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan & Warisan
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Dalam Negeri
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Luar
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Pelancongan
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
- Kementerian Sains, Tenaga & Teknologi Hijau
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Kementerian Sumber Manusia
- Kementerian Wilayah Persekutuan
2008
Selepas pilihan raya umum Malaysia 2008:
- Jabatan Perdana Menteri
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
- Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Luar Negeri
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Pelancongan
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Kementerian Penerangan
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Kementerian Sumber Manusia
- Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
- Kementerian Wilayah Persekutuan
Peranan Kementerian
- Pertama:
- Untuk MERANGKA, MEMBINA & MELAKSANAKAN sesuatu POLISI pada KEMENTERIAN
- Anggota Kementerian akan Menyarankan dan Menasihati MENTERI di dalam segala PROSES untuk memantapkan sesuatu Polisi melalui Idea dan Langkah-Langkah Terbaik supaya Menteri dapat memilih dan membentuk sesuatu POLISI yang akan di guna-pakai di dalam KERAJAAN.
Kedua:- Berperanan untuk Meng-aplikasikan segala POLISI yang telah DI LULUSKAN untuk KEMENTERIAN.
- Dan melakukan Pemantauan di dalam segala Proses Perlaksanaan sertaMenilai segala Kesan Buruk & Baik dari sesuatu Polisi.
Itu saja daripada saya...sekian..
No comments:
Post a Comment